Seni Hidup

Bagi sesetengah insan, mereka telah dianugerahkan dengan bakat yang amat luar biasa berbanding orang lain.. ada yang berbakat dalam penulisan novel, ada yang berbakat dalam penghasilan barangan kraf tangan, ada yang berbakat dalam pementasan teater. Pendek kata semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.. di bawah ini telah di kepilkan beberapa keping seni lukisan hidup yang telah dihasilkan oleh seseorang yang sangat berbakat dalam bidang lukisan..Jom layan beb..hehehe














Alkisah…..Agama

Kisah ini bermula dengan satu keluarga yang merancang ingin melancong ke negeri lain sempena cuti umum. Setelah persiapan semua siap dilakukan, maka mereka pun memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Si suami sangat gembira kerana dapat bercuti dan merehatkan minda disamping keluarga dan anak-anak..

Di awal perjalanan mereka itu,, semuanya berjalan dengan lancar hinggalah tiba di suatu jalan, ada seorang lelaki yang berdiri ditepi jalan menahan kereta mereka. Lelaki tersebut memperkenaL kan dirinya sebagai duit.. si suami tersebut bertanyakan pendapat isteri dan anaknya berkaitan permintaan duit itu. Si isteri dan anaknya pun mebalas dengan girang sekali yang duit boleh menumpang kereta mereka. Hal ini kerana pada pandangan isterinya,dengan duit mereka boleh melakukan apa sahaja..selain itu, mereka juga boleh jadi kaya raya..jadi si suami pun menumpangkanlah si duit tadi menaiki kereta mereka..

Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan semula.. tidak jauh dari tempat tadi, ada lagi seorang lelaki yang menahan kereta mereka untuk menumpang..lelaki ini memperkenalkan dirinya sebagai kuasa..sekali lagi si suami bertanyakan isteri dan anaknya sama ada boleh diberi tumpang ataupun tidak si kuasa itu.. si isteri sekali lagi dengan nada yang sangat gembira mengizinkan kuasa menumpang kereta mereka.. ini kerana pada pendapat mereka,dengan duit dan kuasa, mereka bebas melakukan segalanya..

di sepanjang perjalanan tersebut mereka sempatlah berborak-borak dengan duit dan kuasa tersebut.. tiba di suatu selekoh, ada lagi seorang lelaki yang menahan kereta mereka dengan tujuan yang sama..lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai agama..si suami pun bertanyalah kepada isterinya lagi sekali mengenai hajat lelaki tersebut..si isteri dengan dan anaknya seakan-akan tidak menyukai agama yang ingin menumpang tersebut..kerana pada mereka,jika ada agama pastinya mereka tidak bebas menggunakan duit dan kuasa tersebut..jadi si suami pun meneruskan perjalanan dengan meninggalkan agama begitu sahaja..

setelah hampir setengah jam meneruskan perjalanan, terdapat satu sekatan jalan raya dihadapan mereka.. si suami memperlahankan kenderaannya lantas membuka cermin kereta.. orang di sekatan jalan raya tersebut meminta agama daripada si suami itu.. lalu si suami berkata bahawa agama telah dia tinggalkan di belakang..si suami menyatakan bahawa dia ingin mengambil agama yang ditinggalkan di belakang sekejap jika orang itu berkehendakkannya..orang tersebut memberitahu si suami yang dia telah terlewat sebenarnya..si suami tetap berkeras ingin mengambil agama tersebut..orang tersebut tetap juga tidak membenarkan si suami tadi mengambil agama kerana memang si suami telah terlewat..

sedang asyik mereka bersoal jawab itu, si suami pun bertanyalah kepada orang tersebut siapa gerangannya kerana si suami berasa hairan dengan orang tersebut yang asyik meminta agama sahaja darinya dan selalu menyebut perkataan terlewat..lalu orang tersebut memperkenalkan dirinya sebagai malikul maut.. maka fahamlah si suami tersebut kenapa orang itu beriya-iya sangat inginkan agama dan bukannya duit mahupun kuasa.. si suami mula sedar yang dia memang sudah terlambat sebenarnya..lalu sampailah ajal lelaki tersebut..dia mati tanpa agama yang akan melindunginya dari azab seksaan Allah S.W.T di akhirat kelak..

maka tinggallah si isteri dan anak-anaknya sahaja yang masih hidup dalam kereta berkenaan..

:::moral of the story :::

Kita janganlah terlalu mementingkan duniawi semata-mata dengan mengabaikan akhirat begitu sahaja.. dunia dan akhirat perlulah seimbang agar kita sentiasa bertaqwa kepada Allah dan tidak tergelincir dari landasan yang benar..

Seni yang bernilai...cam tak caya jew kan..

Pernahkah kita terfikir mengenai lukisan tangan yang mahal dan menjadi rebutan serta perhatian dunia..Dibawah ini disenaraikan sepuluh buah karya agung pelukis-pelukis dunia yang telah dijual dengan harga jutaan ringgit..layan beb..

1.
Portrait of Adele Bloch-Bauer II $89.1 Million by Gustav Klimt

Adele Bloch-Bauer II adalah karya Gustav Klimt yang dilukis pada tahun 1912. Adele Bloch-Bauer merupakan isteri Ferdinand Bloch-Bauer, yang merupakan seorang industrial yang kaya . Adele Bloch-Bauer juga merupakan satu-satu nya model yang dilukis 2 kali oleh Klimt. Dia juga berkarya untuk lukisan Adele Bloch-Bauer I yang mana jauh lebih terkenal daripada siri keduanya.

2.
Portrait de l’artiste sans barbe $90.1 Million by Vincent van Gogh

Ini merupakan lukisan diri sendiri yang dihasilkan oleh Vincent van Gogh yang yang mana merupakan sebahagian daripada hasil-hasil seninya yang dikagumi (termasuklah lukisannya yang terkenal iaitu Sunflowers). Dari tahun 1886 sampai 1889, dia melukis 12 lukisan berkaitan dirinya.

3.
Dora Maar au Chat $97.0 Million by Pablo Picasso

Dora Maar au Chat (yang bermaksud Dora Maar dengan kucing) adalah hasil karya Pablo Picasso pada tahun 1941. Dalam lukisan ini menggambarkan Dora Maar, merupakan seorang isteri kepada pelukis asala Kroasia, yang sedang duduk di kerusi dengan seekor kucing kecil bertenggek di bahunya. Lukisan ini sangat terkenal di dunia dan merupakan salah satu lukisan termahal yang ada.

4.
Irises $97.5 Million by Vincent van Gogh

Irises adalah lukisan yang dibuat oleh pelukis yang berasal dari Belanda iaitu Vincent van Gogh. lukisan ini merupakan salah satu daripada hasil seni pertamanya yang telah dicipta sepanjang tempoh dia berada dalam asylum di Saint Paul-de-Mausole, Saint-Remy-de-Provence, Perancis. Beliau berada disini dan sempat membuat lukisan terakhirnya ini sebelum meninggal dunia setahun selepas itu iaitu pada tahun 1890.

5.
Garçon à la pipe $113.4 Million by Pablo Picasso

Lukisan ini dimiliki oleh John Hay Whitney pada tanggal 5 May 2004. Lukisan ini dibeli dengan harga $ 104.1 Million di sebuah pusat lelongan yang bertempat di Sotheby's di New York. Lukisan ini dibuka dengan harga jualan $70 Million oleh pusat lelongan tersebut. Ramai ahli pengkritik seni yang menyatakan bahawa harga lukisan yang tinggi berlaku disebabkan oleh nama-nama besar yang melukis lukisan ini dan bukannya kerana luar biasanya lukisan ini ataupun sejarah yang terkandung di dalam lukisannya.

6.

Bal au moulin de la Galette, Montmartre $122.8 Million by Pierre-Auguste Renoir
Pada waktu lelongan lukisan ini, lukisan ini merupakan salah satu dari 2 lukisan yang paling mahal yang terjual, bersama-sama dengan lukisan dari van gogh iaitu Dr.Gachet. kedua-duanya dibeli oleh Saito. Saito menimbulkan kemarahan antarabangsa ketika dia menyarankan pada tahun 1991 untuk ikut serta dalam mengabadikan kedua-dua lukisannya bersama dirinya ketika dia meninggal dunia. Tetapi ketika Saito & perusahaannya mengalami kesulitan kewangan,pihak bank yang memegang lukisan-lukisannnya sebagai jaminan kewangan dan pinjamannya telah mengatur satu sesi jualan rahsia melalui Sotheby's Auction dan telah menjual lukisannya ke pembeli yang dirahsiakan. Walaupun tidak diketahui dengan pasti, lukisan-lukisan tersebut dipercayai telah dibeli oleh seorang kolektor yang berasal Swiss.

7.
Portrait of Dr. Gachet $129.7 Million by Vincent van Gogh

lukisan ini mempunyai 2 versi yang dipercayai asli. Kedua-duanya dibuat dalam bulan Jun 1890 iaitu di bulan-bulan terakhir dalam sisa hidup Van gogh. Kedua-dua lukisan ini menunjukkan Doktor Gachet sedang duduk di sebuah meja dan menyandarkan wajahnya di tangan kanannya. Tetapi wujud perbezaan yang ketara pada kedua-dua lukisan ini yang membolehkannya dibezakan..

8.

Portrait of Adele Bloch-Bauer I $137.6 Million by Gustav Klimt

Lukisan Adele Bloch-Bauer I adalah sebuah lukisan oleh Gustav Klimt yang dibuat pada tahun 1907. Menurut sumber, lukisan ini terjual pada harga $135 Million. Ia dibeli oleh Ronald Lauder untuk Nueu Galerie di New York pada Jun 2006. Ia menjadikan lukisan ini paling mahal pada wakru tersebut yang pernah dijual.

9.
Woman III $140.2 Million by Willem de Kooning

Woman III adalah sebuah lukisan abstrak oleh seorang pelukis ahli ekspresi abstrak Willem de Kooning. Woman III adalah salah satu dari enam karya Kooning yang mengangkat tema dasar seorang wanita. Lukisan ini berukuran 68 dan 48,5 inches dan dibuat pada tahun 1953. Pada November 2006, lukisan ini telah dijual oleh David Geffen kepada seorang bilioner Steven A.Cohen dengan harga $137.5 Million, ia membuat lukisan ini yang kedua termahal pernah dijual sepanjang sejarah.

10.
No. 5, 1948 $142.7 Million by Jackson Pollock

No. 5, 1948 adalah sebuah lukisan abstrak yang dibuat oleh Jackson Pollock (28 Januari 1912 - 11 Agustus 1956), seorang pelukis yang berasal dari Amerika yang terkenal kerana kontribusinya dalam dunia lukisan abstrak. Karya ini dihasilkan pada sebuah papan fiber yang berukuran 8x4 feet.


Wanz_Mien

Lukisan kreatif

Pernahkan anda terlihat mahupun secara sengaja atau tidak seni lukisan yang begitu unik sekali..
tentu belum pernahkan..maksud unik disini adalah dari segi pandangan yang melihat sesuatu karya seni itu sendiri.. dibawah ini telah diuploadkan buat tatapan anda semua gambar-gambar unik..layan beb..:-)
















Wanz_Mien

Alkisah....Hantaran Al-Quran

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..


“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..


“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.


“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.


“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.


“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.


Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil.


“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran.


Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.


"Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.


Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Alhamdulillah

Environmental of Raya (new version)

Sempena bulan Ramadhan ini, banyak lagu-lagu raya sama ada yang baru mahupun lama yang bergema di corong-corong radio dan televisyen. Ini sedikit sebanyak menambahkan lagi kemeriahan menyambut ramadhan yang hanya disambut sekali sahaja dalam setahun.

Di kesempatan ini, aku tidak terkecuali dalam memeriahkan lagi ramadhan kali ini. Antara lagu raya yang menjadi pilihan aku pada kali ini adalah nyanyian Anuar Zain dengan Elina yang bertajuk Suasana Hari Raya. Lagu ini telah digubah oleh rakanku liriknya ke dalam versi omputih tetapi masih mengekalkan rentak lagu yang sama..”bersama-sama memartabatkan seni budaya bangsa”. Diharap anda semua terhibur eyh..hehehe

Suasana Hari Raya (Environmental of Raya)

( English Version SPM gred )


It was past month of Ramadhan

Full month we were doing fast

Now arrive the month of Syawal

Celebrate with happiness


The teenagers in out station

All of them back to they’re village

Mother and father were happiness

Pray with until infinity


Change the smile and shake the hand

Visit and visit visiting

Speak and speaking more behavior

Always forgive and forgiven


Environmental of Raya

Where ever we are where ever

Gave us the relax with calm down

And gave us peaceable soul


Kuih and muih are really variously

Please eat and don’t just only see

Ketupat rendang bon apeaty my friends

Tired cooked from day until night


Wajik and dodol

Don’t forget, it was history our grandparent father and mother

Always being conversation

Aunty and uncle aduh

Money Raya forgot to given…


Lirik : Zafi n Wanz

Kesihatan badan mempengaruhi minda..


Masih lagi mengenai bulan Ramadhan..Bulan yang mengandungi seribu satu kelebihan serta keberkatan Allah. Bulan ini juga merupakan bulan yang istimewa jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Berkisar mengenai kesihatan, dibulan Ramadhan ini seluruh umat Islam akan menahan perut dari makan dan minum sepanjang hari pada sebelah siangnya dan menjamu selera pada sebelah malamnya. Ini pastinya merupakan salah satu kelebihan bulan Ramadhan buat umat Islam khususnya kerana mereka dapat mengamalkan diet yang betul untuk kesihatan badan. Di tambah pula dengan solat tarawih yang dijalankan pada sebelah malam pastinya akan menjadikan tubuh badan lebih sihat dan dapat memulihkan sistem penghadaman badan seperti perut.

Aku harap kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini sebaik mungkin dan sama-sama memohon keberkatan dari Allah S.W.T. dan diberi kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan khusyuk serta tawadduk. Selain itu, semoga dipermudahkan oleh-Nya dalam segenap segi..insyaAllah..Akhir kata dariku,”masyarakat sihat mencerminkan kegemilangan ummah..”