Alkisah…..Agama

Kisah ini bermula dengan satu keluarga yang merancang ingin melancong ke negeri lain sempena cuti umum. Setelah persiapan semua siap dilakukan, maka mereka pun memulakan perjalanan ke destinasi yang ditetapkan. Si suami sangat gembira kerana dapat bercuti dan merehatkan minda disamping keluarga dan anak-anak..

Di awal perjalanan mereka itu,, semuanya berjalan dengan lancar hinggalah tiba di suatu jalan, ada seorang lelaki yang berdiri ditepi jalan menahan kereta mereka. Lelaki tersebut memperkenaL kan dirinya sebagai duit.. si suami tersebut bertanyakan pendapat isteri dan anaknya berkaitan permintaan duit itu. Si isteri dan anaknya pun mebalas dengan girang sekali yang duit boleh menumpang kereta mereka. Hal ini kerana pada pandangan isterinya,dengan duit mereka boleh melakukan apa sahaja..selain itu, mereka juga boleh jadi kaya raya..jadi si suami pun menumpangkanlah si duit tadi menaiki kereta mereka..

Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan semula.. tidak jauh dari tempat tadi, ada lagi seorang lelaki yang menahan kereta mereka untuk menumpang..lelaki ini memperkenalkan dirinya sebagai kuasa..sekali lagi si suami bertanyakan isteri dan anaknya sama ada boleh diberi tumpang ataupun tidak si kuasa itu.. si isteri sekali lagi dengan nada yang sangat gembira mengizinkan kuasa menumpang kereta mereka.. ini kerana pada pendapat mereka,dengan duit dan kuasa, mereka bebas melakukan segalanya..

di sepanjang perjalanan tersebut mereka sempatlah berborak-borak dengan duit dan kuasa tersebut.. tiba di suatu selekoh, ada lagi seorang lelaki yang menahan kereta mereka dengan tujuan yang sama..lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai agama..si suami pun bertanyalah kepada isterinya lagi sekali mengenai hajat lelaki tersebut..si isteri dengan dan anaknya seakan-akan tidak menyukai agama yang ingin menumpang tersebut..kerana pada mereka,jika ada agama pastinya mereka tidak bebas menggunakan duit dan kuasa tersebut..jadi si suami pun meneruskan perjalanan dengan meninggalkan agama begitu sahaja..

setelah hampir setengah jam meneruskan perjalanan, terdapat satu sekatan jalan raya dihadapan mereka.. si suami memperlahankan kenderaannya lantas membuka cermin kereta.. orang di sekatan jalan raya tersebut meminta agama daripada si suami itu.. lalu si suami berkata bahawa agama telah dia tinggalkan di belakang..si suami menyatakan bahawa dia ingin mengambil agama yang ditinggalkan di belakang sekejap jika orang itu berkehendakkannya..orang tersebut memberitahu si suami yang dia telah terlewat sebenarnya..si suami tetap berkeras ingin mengambil agama tersebut..orang tersebut tetap juga tidak membenarkan si suami tadi mengambil agama kerana memang si suami telah terlewat..

sedang asyik mereka bersoal jawab itu, si suami pun bertanyalah kepada orang tersebut siapa gerangannya kerana si suami berasa hairan dengan orang tersebut yang asyik meminta agama sahaja darinya dan selalu menyebut perkataan terlewat..lalu orang tersebut memperkenalkan dirinya sebagai malikul maut.. maka fahamlah si suami tersebut kenapa orang itu beriya-iya sangat inginkan agama dan bukannya duit mahupun kuasa.. si suami mula sedar yang dia memang sudah terlambat sebenarnya..lalu sampailah ajal lelaki tersebut..dia mati tanpa agama yang akan melindunginya dari azab seksaan Allah S.W.T di akhirat kelak..

maka tinggallah si isteri dan anak-anaknya sahaja yang masih hidup dalam kereta berkenaan..

:::moral of the story :::

Kita janganlah terlalu mementingkan duniawi semata-mata dengan mengabaikan akhirat begitu sahaja.. dunia dan akhirat perlulah seimbang agar kita sentiasa bertaqwa kepada Allah dan tidak tergelincir dari landasan yang benar..

0 ulasan:

Catat Ulasan