Salam Dunia

Salam aku ucapkan buat semua. tidak kira anda siapa, yang penting kita merupakan satu rumpun bangsa yang bernaung dibawah satu bumbung negara iaitu Malaysia...namaku wanz, aku lebih suka membahasakan diri sebagai aku kerana aku merupakan seorang warganegara berasal dari Pantai Timur, Semenanjung Malaysia katakan..sebelum kita bercerita lebih jauh "tentang kita, tentang dunia kita", rasanya eloklah terlebih dahulu sekiranya aku ucapkan salam Ramadhan Al- Mubarak buat seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. semoga dibulan keberkatan ini kita sama-sama muhasabah diri dan melakukan amal kebajikan yang semaksimum mungkin kerana setiap manusia yang hidup dimuka bumi Allah S.W.T ini tiada yang kekal abadi melainkan pastinya mati kelak..




Dikesempatan ini juga aku sebagai anak jati Malaysia yang dibesarkan dengan didikan dan ajaran timur ingin menggucapkan selamat ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52 buat Malaysia..tanpamu siapalah kami semua..sepanjang 52 tahun negara merdeka, telah banyak perubahan dan pemodenan yang telah kita kecapi. Pelbagai teknologi dan kemajuan yang kita nikmati semuanya demi rakyat yang tercinta..sayangi dan cintailah negara kita..merdeka..merdeka..merdeka...Malaysia boleh..



Ingin ditambah tentang bulan penuh kerahmatan ini,kepada seluruh umat islam,pastikan berbelanja mengikut keperluan dan bukannya nafsu kerana kita digalakkan menggamalkan kesederhanaan dalam hidup..sesungguhnya ia lebih disukai oleh Allah S.W.T.Oleh itu, rancanglah keperluan anda dan jadilah pembeli yang berhemah.



Akhir kata dariku, tingkah laku dan sifat dalaman mencerminkan keadaan diri kita yang sebenar. Ianya memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti yang unggul. Perbaiki diri dan hargai hidup yang diberikan oleh Allah dengan mendekatkan diri kepadanya..Akhir bicara, Assalamualaikum w.h.t.
Jumpa lagi....

2 ulasan:

yue_ziey berkata... / Ahad, Ogos 30, 2009 11:01:00 PTG  

wanz_mien:::
salam ramadhan...selamat menyambut ari merdeka...n kalau p bazaar ramadhan,jgnlah membazir ye...belilah yang mana perlu...

wanz_mien berkata... / Isnin, Ogos 31, 2009 2:13:00 PG  

yue_ziey:::
salam ramadhan,salam penuh keberkatan..
iye..kita tidak digalakkan membazirkan..ummah yang gemilang merupakan ummah yang tahu menguruskan sumber kewangannya dengan betul..

Catat Ulasan