H1N1 cerita disebalik nama..

Pada bulan Julai yang lalu, negara telah digemparkan dengan penularan satu wabak yang digelar H1N1 yang mana merupakan penyakit yang dibawa oleh babi yang kemudiannya menjangkiti manusia seluruh dunia. Wabak ini merebak dengan sangat pantas. Ianya dikatakan tersebar melalui ruang udara serta sentuhan tangan yang telah dijangkiti.

Seluruh negara berada dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati terhadap penyakit selsema Babi Atau H1N1 tersebut. Dalam keadaan berhati-hati tersebut, terdapat juga rakyat Malaysia yang mati disebabkan olehnya. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh pemerintah negara dalam mengawal dan mengatasi penularan wabak H1N1 ini dari terus berleluasa menyerang mangsa-mangsanya yang tidak kenal istilah tua ataupun muda mahupun kanak-kanak. Semua orang yang menghidap penyakit-penyakit kronik seperti masalah jantung, kencing manis, darah tinggi, obesiti dan banyak lagi lebih berisiko untuk menghidapinya.

Sedikit sejarah mengenai penyakit H1N1 ini..Ianya mula dikesan di Mexico apabila terdapatnya kesan yang melibatkan seorang warganegara berkenaan telah dijangkiti oleh wabak berkenaan. Semakin lama semakin ramai yang dijangkiti sehingga pihak World Help Organization Atau WHOH1N1 tersebut. Virus yang mendatangkan kegusaran dunia itu bernama Swine flu yang mana sehingga ke hari ini masih lagi belum ditemui vaksin yang bersesuaian bagi menangani penyakit berkenaan. mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan masyarakat dunia daripada mengunjungi negara-negara yang telah dijangkiti wabak

Tidak terkecuali aku sendiri pun turut merasai bahang yang ditimbulkan oleh H1N1 itu apabila universiti tempat aku menimba ilmu yang bertimbun telah ditutup secara mengejut. Ianya gara-gara selsema babi yang semakin menular ke seluruh negara. Ramai warga campus yang diserang batuk-batuk serta selsema. Ini menyebabkan pihak pengurusan university telah mengambil keputusan yang drastik ini. Aku mengetahui tentang penutupan university ini sudah agak lewat sedikit iaitu pada sebelah petang. Masa tu aku masih dalam kelas. Kebetulan hari berkenaan kelasku tamat pada pukul 6.30 petang. Semua pelajar dalam bilik kuliah berkenaan tidak dapat duduk diam kerana masing-masing bimbang tentang penyakit ini. Tidak terkecuali diriku..

Pada sebelah malam ramai pelajar yang nekad balik kampong untuk mengelak dari dijangkiti selsema ini. Ada yang sanggup berjalan sejauh 5, 6 kilometer semata-mata untuk mendapatkan bas kerana bas tidak dibenarkan memasuki university. Ianya ibarat satu fenomena pulak.. aku hanya melihat gelagat mereka semua kerana aku sendiri tidak balik pada minggu tersebut.

Hari pertama ketika cuti…

Aku bangun seperti biasa pada pagi kerkenaan..setelah siap mandi dan sebagainya,aku mula merasai suatu yang aneh di dada sebelah kananku..aku urut-urutnya menggunakan tangan dikawasan itu..ku ingatkan ianya sakit sebab tersalah tidur,tetapi sangkaanku meleset apabila sehingga malam hari berkenaan,rasa kesakitan itu masih lagi dirasai..menambahkan lagi kebimbangan dihatiku apabila aku terbaca satu artikel berkaitan dengan tanda-tanda seseorang itu dijangkitan H1N1 yang mana salah satunya sukar bernafas dan rasa sakit didada. Pada malam berkenaan tidurku serba tidak kena. Lenaku entah kemana,ketenangan dan kenikmatan tidur telah dicuri oleh kegelisahan yang melampau terhadap penyakit tersebut..hahaha..tak patutkan.. kuikuikui..

Hari ketiga masih dalam cuti..

Aku nekad pergi berjumpa doktor untuk mengetahui tentang punca kesakitan yang aku hadapi ini.. mana tahukan ada ubat yang boleh digunakan untuk mengubatinya.. setelah solat jumaat, aku bersama seorang rakan bergegas ke sana. Sesampai disana, doktor di unit kecemasan tersebut pun menjalankan tugasnya seperti biasa.. Setelah tiba giliranku, beliau pun check badanku..doktor itu pada mulanya ingin check suhu badan aku kerana sekiranya aku demam,pastinya suhu akan melebihi 37’C. Setelah beliau selesai menjalankan tugasnya, terkejut aku dibuatnya..korang sume nak tahu ke ape jawapannya..hehehe..aku sihat walafiat..suhu badan aku normal je..36’C..hahaha..aku balik dengan perasaan gembirala beb..:-)

Pesanku buat kita semua..pastikan kebersihan diri dan tangan kita sentiasa dijaga dan disabun selalu..”kebersihan diri amalan yang mulia

0 ulasan:

Catat Ulasan