Seni yang bernilai...cam tak caya jew kan..

Pernahkah kita terfikir mengenai lukisan tangan yang mahal dan menjadi rebutan serta perhatian dunia..Dibawah ini disenaraikan sepuluh buah karya agung pelukis-pelukis dunia yang telah dijual dengan harga jutaan ringgit..layan beb..

1.
Portrait of Adele Bloch-Bauer II $89.1 Million by Gustav Klimt

Adele Bloch-Bauer II adalah karya Gustav Klimt yang dilukis pada tahun 1912. Adele Bloch-Bauer merupakan isteri Ferdinand Bloch-Bauer, yang merupakan seorang industrial yang kaya . Adele Bloch-Bauer juga merupakan satu-satu nya model yang dilukis 2 kali oleh Klimt. Dia juga berkarya untuk lukisan Adele Bloch-Bauer I yang mana jauh lebih terkenal daripada siri keduanya.

2.
Portrait de l’artiste sans barbe $90.1 Million by Vincent van Gogh

Ini merupakan lukisan diri sendiri yang dihasilkan oleh Vincent van Gogh yang yang mana merupakan sebahagian daripada hasil-hasil seninya yang dikagumi (termasuklah lukisannya yang terkenal iaitu Sunflowers). Dari tahun 1886 sampai 1889, dia melukis 12 lukisan berkaitan dirinya.

3.
Dora Maar au Chat $97.0 Million by Pablo Picasso

Dora Maar au Chat (yang bermaksud Dora Maar dengan kucing) adalah hasil karya Pablo Picasso pada tahun 1941. Dalam lukisan ini menggambarkan Dora Maar, merupakan seorang isteri kepada pelukis asala Kroasia, yang sedang duduk di kerusi dengan seekor kucing kecil bertenggek di bahunya. Lukisan ini sangat terkenal di dunia dan merupakan salah satu lukisan termahal yang ada.

4.
Irises $97.5 Million by Vincent van Gogh

Irises adalah lukisan yang dibuat oleh pelukis yang berasal dari Belanda iaitu Vincent van Gogh. lukisan ini merupakan salah satu daripada hasil seni pertamanya yang telah dicipta sepanjang tempoh dia berada dalam asylum di Saint Paul-de-Mausole, Saint-Remy-de-Provence, Perancis. Beliau berada disini dan sempat membuat lukisan terakhirnya ini sebelum meninggal dunia setahun selepas itu iaitu pada tahun 1890.

5.
Garçon à la pipe $113.4 Million by Pablo Picasso

Lukisan ini dimiliki oleh John Hay Whitney pada tanggal 5 May 2004. Lukisan ini dibeli dengan harga $ 104.1 Million di sebuah pusat lelongan yang bertempat di Sotheby's di New York. Lukisan ini dibuka dengan harga jualan $70 Million oleh pusat lelongan tersebut. Ramai ahli pengkritik seni yang menyatakan bahawa harga lukisan yang tinggi berlaku disebabkan oleh nama-nama besar yang melukis lukisan ini dan bukannya kerana luar biasanya lukisan ini ataupun sejarah yang terkandung di dalam lukisannya.

6.

Bal au moulin de la Galette, Montmartre $122.8 Million by Pierre-Auguste Renoir
Pada waktu lelongan lukisan ini, lukisan ini merupakan salah satu dari 2 lukisan yang paling mahal yang terjual, bersama-sama dengan lukisan dari van gogh iaitu Dr.Gachet. kedua-duanya dibeli oleh Saito. Saito menimbulkan kemarahan antarabangsa ketika dia menyarankan pada tahun 1991 untuk ikut serta dalam mengabadikan kedua-dua lukisannya bersama dirinya ketika dia meninggal dunia. Tetapi ketika Saito & perusahaannya mengalami kesulitan kewangan,pihak bank yang memegang lukisan-lukisannnya sebagai jaminan kewangan dan pinjamannya telah mengatur satu sesi jualan rahsia melalui Sotheby's Auction dan telah menjual lukisannya ke pembeli yang dirahsiakan. Walaupun tidak diketahui dengan pasti, lukisan-lukisan tersebut dipercayai telah dibeli oleh seorang kolektor yang berasal Swiss.

7.
Portrait of Dr. Gachet $129.7 Million by Vincent van Gogh

lukisan ini mempunyai 2 versi yang dipercayai asli. Kedua-duanya dibuat dalam bulan Jun 1890 iaitu di bulan-bulan terakhir dalam sisa hidup Van gogh. Kedua-dua lukisan ini menunjukkan Doktor Gachet sedang duduk di sebuah meja dan menyandarkan wajahnya di tangan kanannya. Tetapi wujud perbezaan yang ketara pada kedua-dua lukisan ini yang membolehkannya dibezakan..

8.

Portrait of Adele Bloch-Bauer I $137.6 Million by Gustav Klimt

Lukisan Adele Bloch-Bauer I adalah sebuah lukisan oleh Gustav Klimt yang dibuat pada tahun 1907. Menurut sumber, lukisan ini terjual pada harga $135 Million. Ia dibeli oleh Ronald Lauder untuk Nueu Galerie di New York pada Jun 2006. Ia menjadikan lukisan ini paling mahal pada wakru tersebut yang pernah dijual.

9.
Woman III $140.2 Million by Willem de Kooning

Woman III adalah sebuah lukisan abstrak oleh seorang pelukis ahli ekspresi abstrak Willem de Kooning. Woman III adalah salah satu dari enam karya Kooning yang mengangkat tema dasar seorang wanita. Lukisan ini berukuran 68 dan 48,5 inches dan dibuat pada tahun 1953. Pada November 2006, lukisan ini telah dijual oleh David Geffen kepada seorang bilioner Steven A.Cohen dengan harga $137.5 Million, ia membuat lukisan ini yang kedua termahal pernah dijual sepanjang sejarah.

10.
No. 5, 1948 $142.7 Million by Jackson Pollock

No. 5, 1948 adalah sebuah lukisan abstrak yang dibuat oleh Jackson Pollock (28 Januari 1912 - 11 Agustus 1956), seorang pelukis yang berasal dari Amerika yang terkenal kerana kontribusinya dalam dunia lukisan abstrak. Karya ini dihasilkan pada sebuah papan fiber yang berukuran 8x4 feet.


Wanz_Mien

0 ulasan:

Catat Ulasan