lukisan air (ok ke xok)

Bukan senang nak melukis n mewarna hasil seni seperti lukisan dibaweash ini. walaupun aku mempunyai kemahiran sedikit sebanyak dalam melukis gambar animation tetapi untuk format gambar pemandangan seperti ini cukup sukar juga sebenarnya. walau secantik mana sekalipun lakaran yang berjaya kita hasilkan tetapi apabila masuk je part untuk mewarna,secantik mana lukisan tersebut pasti akan dirosakkan oleh warna tersebut sekiranya seseorang itu tidak tahu dan kurang kemahiran dalam mewarna.

Aku sendiri sebenarnya tak pandai menggunakan colour air..memang teruk jugalah hasil seni aku yang pertama kerana aku tiada bakat kot..hehehe
tapi walau ape pun, korang sume layang gambar bawah ni k..hehehe..

proses lakaran gambar diatas sehelai kertas A4..

calitan asas menggunakan water colour untuk memberikan warna asas setiap bahagian.
hasil yang diperolehi setelah siap di warnakan..lawa x..

Ucapan Raya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
KEPADA SELURUH UMAT ISLAM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
MAAF ZAHIR DAN BATIN..(",)

Teknik-teknik membuat pasu bunga

Seni kreatif menrupakan salah satu cabang seni yang cukup indah..selain daripada seni lukis,seni khat,seni acuan, seni kreatif juga boleh ditakrifkan sebagai suatu seni yang boleh menceritakan sesuatu tanpa menggunakan pengucapan sebaliknya hanya melalui rekaan dan hasil kreativiti yang dihasilkan..manakan tidak, sejak akhir-akhir ini,bidang ini telah mula diketengahkan dalam memastikan ilmu dan bakat yang dimilki oleh sesetengah insan tidak di sia-siakan begitu sahaja.. bagi golongan yang tinggal dikampung-kampung ataupun desa,mereka boleh menggunakan kemahiran ini untuk menjana pendapatan sampingan kerana untuk pengetahuan umum, harga bagi sebiji bakul boleh mencecah RM 50 yang mana hanya bermodalkan kertas surat khabar terpakai serta gam..hebat bukan..hehehe

dibawah ini aku sediakan langkah-langkah untuk anda diluar sana mencubanya..jika ada sebarang kesulitan, boleh terus berkunjung ke blog aku untuk sebarang pertanyaan..asas kepada pembinaan pasu tersebut adalah tapak yang kukuh..untuk mendapatkan tapak yang kukuh perlulah tidak wujud ruang antara jalinan kertas yang dibentuk itu..
setelah siap membuat tapak, anda semua boleh terus membina tapak pasu tersebut dengan cara naik ke atas.. untuk kaedah ini, anda perlulah memautkan tapak tadi ke atas dan perlahan-lahan membelitnya dengan akhbar yang telah siap dipotong..
setelah siap kita melipat semuanya,bolehlah kita mula membentuk bahagian tengah pasu tersebut..kalau berdasarkan pasu yang direka ini, aku membentuk satu bulatan besar ditengah-tengahnya agar ianya lebih eksotik jika dilihat..
proses ini untuk membentuk globe bagi mencantikkan lagi pasu ini..stelah siap proses ini,kita boleh terus sambungkannya dengan proses yang lebih kecil daripada globe ini..

bersambung dibawah....

Teknik-teknik membuat pasu bunga 2


setelah siap membentuk bulatan dibahagian bawahnya,kita akan mengentingkan bahagian tengahnya agar ia menjadi ramping..proses ini penting agar ianya mengikut model acuan yang kita kehendaki..sekiranya tidak dibentuk sekarang..apabila ianya mula meninggi,sukar untuk membentuknya lagi..disinilah pentingnya proses pembentukan tersebut..

apabila ianya sudah meninggi,kita perlu pastikan bentuk rampingnya itu terus kekal sama dari bawah hingga tahap yang dikehendaki..ini supaya ianya nampak sama dan menarik jika dipandang..selain itu,ia juga penting supaya pasu tersebut tidak mudah roboh..

setelah semua proses diatas selesai,maka bolehlah kita mengubah lagi sebelah atasnya agar lebih cantik dan sesuai dengan gelarannya pasu tinggi..atau pasu bunting padi..hehehe..apabila siap,hujung sebelah atas perlulah dikemaskan dengan melipatkannya ke dalam lilitan yang terdapat disekelilingnya..

maka siaplah rekaan pasu bunga tersebut..selepas itu kita bolehlah mengecatnya mengikut warna kegemaran masing-masing..sama ada anda ingin melukis corak ataupun sebagainya..hehee..

senang bukan..(",)

koleksi kraf tangan yang telah siap

Antara kraf tangan yang telah siap aku buat sepanjang seminggu berada di rumah..hahaha..teror tak aku..sebenarnya aku boring duk umah tak tahu nak buat apekan..jadi daripada makan dan tidur je, baik aku buat kerja yang mendatangkan hasil..so tercetuslah idea mereka bakul ini..idea ini dimulai oleh ayah aku yang kebetulan belajar dari sorang penduduk kg aku gak..daripada mengabaikan surat-surat khabar lama yang berlambak kat dapur rumah,kitaorang manfaatkannya dengan menghsilkan seni kraftangan bakul,tempayan,pasu bunga,pa hantaran,dan saji..

Mungkin untuk masa akan datang,aku akan mereka bakul yang digunakan untuk hantaran kahwin lak..hahaha..insyaAllah tak mustahil jika disusuli dengan semangat dan kemahuan yang tinggikan..setakat ini dulu coretanku..jangan lupa layan tau..(",)


Suatu petang yang tenang....tiba2


19hb November 2009- Khamis: pagi tadi aku baru je selesai menjawab exam final untuk paper Reformasi pentadbiran..boleh tahan kaw2 gak soalannya.. tapi alhamdulillah semuanya aku dapat tempuhi dengan tenang dan sabar..syukur kepada Allah dengan izin-Nya aku dapat menghabiskan exam tadi. walaupun aku kesuntukan masa,tetapi dapat juga aku noktahkan penamat ayat sebelum pensyarah mengumumkan masa telah tamat.
Tepat jam 11 pagi, tamatlah sudah perjuanganku bersama paper reformasi pentadbiran yang mana menjelaskan tentang pembaharuan dan baik-pulih yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai suatu matlamat negara.

Walaupun begitu, paperku belum berakhir kerana masih ada satu paper exam pada sebelah petang esok..(20hb november 2009). paper ni boleh tahan gaklah susahnya coz dia merupakan paper penyelidikan. mengkaji serta menyelidik penduduk yang berumur 60 tahun berdasarkan punca ekonomi serta keperluan keluarga. ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang terpaksa aku dan kumpulan siapkan sepanjang bulan puasa yang lalu..

Sedikit memenatkan tetapi berkat bulan puasa, semuanya dapat kutempuhi dengan lancar dan tenang..Alhamdulillah..esok merupakan hari penentuannya..setelah bertungkus lumus selama satu sem (14 minggu pengajian) pengakhirannya menjelmakan diri juga..setelah dalaman ku persiapkan dengan segala ilmu,esok merupakan medan terbaik menentukan sama ada sudah mencukupi ataupun belum semua ilmu yang aku tuntut selama ini..aku mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar kerana selepas paper esok, aku boleh balik kampung..hahaha.

InsyaAllah 21hb November 2009 (sebelah malam) aku akan bertolak balik ke kampungku di Kelantan dengan bas Shamisha pada pukul 8.30 malam. Di jangka ketibaan aku di Kota Bharu dalam pukul 5 pagi keesokan harinya..cuti sem selama 1 bulan ini, aku tak tahu lagi pekerjaan apakah yang akan aku lakukan untuk mengisi masa senggang antara sem baru ini. InsyaAllah rezeki Allah berada dimana-mana..orang berusaha pasti akan memperolehinya..(",)

Selamat bercuti aku ucapkan kepada semua pelajar tidak kira mereka menuntut di universiti, kolej, politeknik, mahupun sekolah kerajaan. Semoga anda semua bergembira disamping insan yang tersayang..Salam Keamanan..

WanZ_MieN

Timun Cina...Kenali ia lebih mendalam....


Cerita kali ini berkaitan dengan timun cina atau dikenali sebagai tembikai.. Pada bulan puasa yang lalu, timun cina yang keluarga aku tanam telah mendatangkan hasil yang cukup menjadi juga pada pengamatan aku. Hal ini kerana setelah melalui proses kawalan yang ketat sepanjang tempoh tersebut dari kawalan anak benih hinggalah kepada serangga perosak, semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Alhamdullilah semuanya dapat dijual tepat pada masanya..

Untuk pengetahuan anda semua, kampung aku merupakan kawasan penanaman timun cina yang tetap dan telah digazekkan dalam buku KADA daerah aku sebagai sumber pengeluaran timun cina yang utama bagi daerah Bachok dan sekitarnya. Antara pemborong yang datang untuk mendapatkan hasil buah timun cina ini bukan hanya masyarakat sekitar tetapi melibatkan pemborong peringkat besar-besaran dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, dan ada juga dari Singapura. Saban tahun, timun cina dikampung aku semakin mendapat permintaan. Hal ini kerana kebanyakkan timun cina- timun cina tersebut di order oleh hotel-hotel untuk dijadikan juadah pencuci mulut pelanggan mereka.

Harga bagi sebiji tembikai berbeza sekiranya anda membelinya di pasaran dengan membelinya di ladang. Hal ini kerana di ladang, anda mendapat banyak benefit jika dibandingkan dengan pasaran. Tembikai yang dibeli bukan sahaja banyak dengan harga murah, malah anda juga boleh memilihnya sendiri dari ladang yang terbentang luas tersebut. Dianggarkan jumlah tanah yang digunakan untuk menanam timun cina tersebut dalam 435 hektar merangkumi 150 orang penanam. Tanaman timun cina ini diusahakan dua musim dalam satu tahun iaitu bulan mac dan ogos. Kedua-dua musim ini sesuai kerana bukan musim hujan dan purata hujan tahunan yang berkurangan jika hendak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Timun cina ini merupakan tanaman yang cerewet jika nak dibandingkan dengan tanaman padi dan sebagainya kerana risiko jangkitan ulat yang tinggi tetapi jika tepat percampuran dengan suasana cuaca, insyaallah hasilnya lebih tinggi daripada tanaman padi..sebenarnya nak lampirkan gambar masa kutip tembikai bulan mei tempoh hari..hehehe..layan gambar ladang tembikai bawah ni eyh..hehehehe