Timun Cina...Kenali ia lebih mendalam....


Cerita kali ini berkaitan dengan timun cina atau dikenali sebagai tembikai.. Pada bulan puasa yang lalu, timun cina yang keluarga aku tanam telah mendatangkan hasil yang cukup menjadi juga pada pengamatan aku. Hal ini kerana setelah melalui proses kawalan yang ketat sepanjang tempoh tersebut dari kawalan anak benih hinggalah kepada serangga perosak, semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Alhamdullilah semuanya dapat dijual tepat pada masanya..

Untuk pengetahuan anda semua, kampung aku merupakan kawasan penanaman timun cina yang tetap dan telah digazekkan dalam buku KADA daerah aku sebagai sumber pengeluaran timun cina yang utama bagi daerah Bachok dan sekitarnya. Antara pemborong yang datang untuk mendapatkan hasil buah timun cina ini bukan hanya masyarakat sekitar tetapi melibatkan pemborong peringkat besar-besaran dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, dan ada juga dari Singapura. Saban tahun, timun cina dikampung aku semakin mendapat permintaan. Hal ini kerana kebanyakkan timun cina- timun cina tersebut di order oleh hotel-hotel untuk dijadikan juadah pencuci mulut pelanggan mereka.

Harga bagi sebiji tembikai berbeza sekiranya anda membelinya di pasaran dengan membelinya di ladang. Hal ini kerana di ladang, anda mendapat banyak benefit jika dibandingkan dengan pasaran. Tembikai yang dibeli bukan sahaja banyak dengan harga murah, malah anda juga boleh memilihnya sendiri dari ladang yang terbentang luas tersebut. Dianggarkan jumlah tanah yang digunakan untuk menanam timun cina tersebut dalam 435 hektar merangkumi 150 orang penanam. Tanaman timun cina ini diusahakan dua musim dalam satu tahun iaitu bulan mac dan ogos. Kedua-dua musim ini sesuai kerana bukan musim hujan dan purata hujan tahunan yang berkurangan jika hendak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Timun cina ini merupakan tanaman yang cerewet jika nak dibandingkan dengan tanaman padi dan sebagainya kerana risiko jangkitan ulat yang tinggi tetapi jika tepat percampuran dengan suasana cuaca, insyaallah hasilnya lebih tinggi daripada tanaman padi..sebenarnya nak lampirkan gambar masa kutip tembikai bulan mei tempoh hari..hehehe..layan gambar ladang tembikai bawah ni eyh..hehehehe

0 ulasan:

Catat Ulasan