Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui berkaitan penerbitan sebuah buku ini. Sebuah buku yang digunakan dalam pengajian sastera melayu bagi pelajar tingkatan enam. Mengungkap perihal-perihal yang berlaku di zaman dahulu kala seperti zaman mula bertapaknya Islam di Tanah Melayu yang ketika itu lebih terkenal dengan kepulauan melayu Melaka. Selain itu, buku tersebut juga banyak mengisahkan tentang pahlawan melayu terulung pada masa tersebut iaitu Laksamana Hang Tuah yang diamanahkan menjaga perairan Melaka dari dicerobohi oleh musuh-musuh mereka.
Penceritaan dalam buku itu dimulakan dengan pencerita menjelaskan berkaitan peta yang menunjukkan Negara Goa dimana bermulanya penyebaran Islam. Selepas itu, kisah tersebut berlarutan kepada sistem beraja yang diamalkan di Melaka sehinggalah membawa kepada wujudnya pahlawan agung seperti Hang Tuah tersebut.
Umumnya mengetahui bahawa naskhah sastera yang dipanggil Sulalatus Salatin tersebut sebenarnya sebuah buku sejarah yang dianggap dongeng masyarakat purba sahaja. Tetapi tanggapan tersebut sebenarnya jauh menyimpang daripada fakta kewujudannya. Fakta yang dimaksudkan disini adalah setiap isu dan perkara yang berlaku dan yang diceritakan di dalam buku tersebut adalah benar. Jikalau tidak, bayangkan kenapa penjajah british sangguh mengharungi lautan yang bergelora, sanggup meredah api tanpa menghiraukan keselamatan diri,sanggup terjun ke dalam laut saat kapal mereka terbakar sambil memeluk naskhah tersebut erat didada semata-mata demi memastikan naskhah asal buku Sulalatus Salatin yang di ambil dari Tanah Melayu itu selamat sampai ke London.
Jika diimbau kembali sejarah dulu-dulu, ada menjelaskan tentang matlamat dan tujuan kedatangan penjajah Portugis ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan rempah ratus yang dikatakan terkenal pada ketika itu sebagai pengeluar rempah ratus di Asia Tenggara. Jangkaan tersebut sebenarnya meleset jika itu matlamat utama mereka, kenapa mereka tidak memunggah bertan-tan rempah ratus ke Eropah sebaliknya menyelongkar khazanah epik ulung yang terdapat di Tanah Melayu yang banyak menceritakan tentang kehebatan masyarakat melayu nusantara suatu masa dahulu. Kenapa wujudnya persoalan ini.?
Ini menggambarkan bahawa wujudnya kebenaran dalam penulisan masyarakat dulu-dulu dalam buku Sulalatus Salatin di mana orang Eropah ini terlalu tinggi sifat ingin tahunya. Mereka bukan seperti masyarakat melayu yang terlalu mudah percaya tentang suatu cerita tersebut. Bagi orang Eropah, apa yang diceritakan dalam naskhah asal Sulalatus Salatin tersebut merupakan lubuk emas bagi mereka. Jika buku Sulalatus Salatin tersebut hanya dongengan masyarakat dahulu, bayangkan kenapa buku tersebut disimpan dalam bilik kebal di muzium London dan masyarakat melayu sendiri tidak dibenarkan untuk menggunakan buku tersebut. Fakta sebenar menceritakan bahawa sekarang buku tersebut disimpan di dalam suatu bilik yang dikawal oleh sistem keselamatan 24 jam. Selain itu, bilik tersebut juga kedap udara di mana tiada sesiapa pun boleh berada didalamnya dalam tempoh masa yang lama. Rakyat Malaysia yang ingin melihat buku tersebut juga tidak dapat melihat naskhah asal sebaliknya hanya diberi paparan melalui slide computer sahaja sebagai ganti. Sampai sebegitu ketat sekali kawalan yang diberikan. Tentu terdapat sesuatu yang istimewa bukan dalam naskah klasik sastera tersebut.
bersambung...
2 ulasan:
Assalamualaikum... Di mana sy nak dptkan buku ini... Amat penting untuk salasilah dan rujukan keluarga kami...
Assalamualaikum... Di mana sy nak dptkan buku ini... Amat penting untuk salasilah dan rujukan keluarga kami...
Catat Ulasan