asas kepada pembinaan pasu tersebut adalah tapak yang kukuh..untuk mendapatkan tapak yang kukuh perlulah tidak wujud ruang antara jalinan kertas yang dibentuk itu..
setelah siap membuat tapak, anda semua boleh terus membina tapak pasu tersebut dengan cara naik ke atas.. untuk kaedah ini, anda perlulah memautkan tapak tadi ke atas dan perlahan-lahan membelitnya dengan akhbar yang telah siap dipotong..
setelah siap kita melipat semuanya,bolehlah kita mula membentuk bahagian tengah pasu tersebut..kalau berdasarkan pasu yang direka ini, aku membentuk satu bulatan besar ditengah-tengahnya agar ianya lebih eksotik jika dilihat..
proses ini untuk membentuk globe bagi mencantikkan lagi pasu ini..stelah siap proses ini,kita boleh terus sambungkannya dengan proses yang lebih kecil daripada globe ini..
setelah siap membentuk bulatan dibahagian bawahnya,kita akan mengentingkan bahagian tengahnya agar ia menjadi ramping..proses ini penting agar ianya mengikut model acuan yang kita kehendaki..sekiranya tidak dibentuk sekarang..apabila ianya mula meninggi,sukar untuk membentuknya lagi..disinilah pentingnya proses pembentukan tersebut..
apabila ianya sudah meninggi,kita perlu pastikan bentuk rampingnya itu terus kekal sama dari bawah hingga tahap yang dikehendaki..ini supaya ianya nampak sama dan menarik jika dipandang..selain itu,ia juga penting supaya pasu tersebut tidak mudah roboh..
setelah semua proses diatas selesai,maka bolehlah kita mengubah lagi sebelah atasnya agar lebih cantik dan sesuai dengan gelarannya pasu tinggi..atau pasu bunting padi..hehehe..apabila siap,hujung sebelah atas perlulah dikemaskan dengan melipatkannya ke dalam lilitan yang terdapat disekelilingnya..
maka siaplah rekaan pasu bunga tersebut..selepas itu kita bolehlah mengecatnya mengikut warna kegemaran masing-masing..sama ada anda ingin melukis corak ataupun sebagainya..hehee..
senang bukan..(",)

