Timun Cina...Kenali ia lebih mendalam....


Cerita kali ini berkaitan dengan timun cina atau dikenali sebagai tembikai.. Pada bulan puasa yang lalu, timun cina yang keluarga aku tanam telah mendatangkan hasil yang cukup menjadi juga pada pengamatan aku. Hal ini kerana setelah melalui proses kawalan yang ketat sepanjang tempoh tersebut dari kawalan anak benih hinggalah kepada serangga perosak, semuanya dapat diatasi dengan jayanya. Alhamdullilah semuanya dapat dijual tepat pada masanya..

Untuk pengetahuan anda semua, kampung aku merupakan kawasan penanaman timun cina yang tetap dan telah digazekkan dalam buku KADA daerah aku sebagai sumber pengeluaran timun cina yang utama bagi daerah Bachok dan sekitarnya. Antara pemborong yang datang untuk mendapatkan hasil buah timun cina ini bukan hanya masyarakat sekitar tetapi melibatkan pemborong peringkat besar-besaran dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, dan ada juga dari Singapura. Saban tahun, timun cina dikampung aku semakin mendapat permintaan. Hal ini kerana kebanyakkan timun cina- timun cina tersebut di order oleh hotel-hotel untuk dijadikan juadah pencuci mulut pelanggan mereka.

Harga bagi sebiji tembikai berbeza sekiranya anda membelinya di pasaran dengan membelinya di ladang. Hal ini kerana di ladang, anda mendapat banyak benefit jika dibandingkan dengan pasaran. Tembikai yang dibeli bukan sahaja banyak dengan harga murah, malah anda juga boleh memilihnya sendiri dari ladang yang terbentang luas tersebut. Dianggarkan jumlah tanah yang digunakan untuk menanam timun cina tersebut dalam 435 hektar merangkumi 150 orang penanam. Tanaman timun cina ini diusahakan dua musim dalam satu tahun iaitu bulan mac dan ogos. Kedua-dua musim ini sesuai kerana bukan musim hujan dan purata hujan tahunan yang berkurangan jika hendak dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain.

Timun cina ini merupakan tanaman yang cerewet jika nak dibandingkan dengan tanaman padi dan sebagainya kerana risiko jangkitan ulat yang tinggi tetapi jika tepat percampuran dengan suasana cuaca, insyaallah hasilnya lebih tinggi daripada tanaman padi..sebenarnya nak lampirkan gambar masa kutip tembikai bulan mei tempoh hari..hehehe..layan gambar ladang tembikai bawah ni eyh..hehehehe

Sulalatus Salatin..episod akhir siri penyelongkaran...!!!



Bagaimana persepsi anda sekarang berkaitan dengan penjajahan Portugis ke atas bumi Melaka ini. Adakah kerana rempah ataupun kerana sumber pengetahuannya?. Hal ini kerana mereka datang ke Melaka disebabkan oleh terowong Equador di Colombia itu yang mana punca tercetusnya idea tersebut datangnya dari pahlawan sebelah timur, maka mereka pun mencari di dalam peta negara manakah pahlawan tersebut tinggal.

Setelah mencari akhirnya mereka menjumpai satu negeri yang dipanggil melaka yang mana mempunyai seorang laksamana yang hebat iaitu Hang Tuah. Ini menunjukkan bahawa pada waktu ini kepulauan melayu Melaka memang sudah terkenal dengan sejarah dan manuskrip-manuskrip hebat yang dicipta dan digarap..sekian

Sulalatus Salatin..Singapura dilanggar todak..!!!

Epik 4

Pahlawan Melaka merancang untuk merampas balik Melaka dari tangan Portugis pada ketika itu. Salah seorang pembesar Melaka memberitahu bahawa sekiranya kita hendak mengambil kembali Melaka dari tangan penjajah, bagaimana caranya kerana manual book untuk mengajar tersebut telah dibawa lari oleh portugis. Dalam situasi tersebut, Hang Tuah berkata yang kita masih boleh mencuba walaupun manual book tersebut telah dibawa lari. Jadi, mereka pun melatihlah hidupan laut untuk menyerang Melaka. Akhirnya setelah berusaha keras, mereka tetap Berjaya. Oleh kerana manual book telah dibawa lari oleh penjajah, mereka telah tersasar dalam menentukan bearing serangan tersebut daripada menyerang Melaka, sasaran tersebut pula mengenai Singapura. Kesan daripada kejadian tersebut terjadilah peristiwa Singapura dilanggar todak. Pengajaran daripada peristiwa itu, kita hanya belajar berkaitan dengan bagaimana seorang budak itu dihukum kerana memberikan cadangan kepada seorang raja supaya menggunakan batang pisang sebagai benteng dan bukannya betis manusia. Dek kerana risau akan kekuasaannya akan dirampas setelah budak itu besar, raja tersebut telah mendengar cakap pembesar-pembesarnya lalu menjatuhkan hukuman mati kepada budak yang tidak bersalah tersebut. Tetapi yang kita tidak belajar daripada peristiwa tersebut adalah kenapa hanya Singapura yang dilanggar todak, bukannya negeri lain. Selain itu, kenapa todak itu melanggar Temasik (Singapura).Disinilah wujudnya persoalan yang jarang dikaji oleh masyarakat kita sebenarnya.

Sulalatus Salatin..The cross crab..!!!

Epik (siri 3)
Masih lagi berkisar tentang kehebatan Hang Tuah. Kali ini saya lebih berfokus tentang naskhah yang telah dibawa lari oleh penjajah Melaka pada ketika itu iaitu seorang mubaligh kristian yang bernama Sir Francis Xavier. Beliau telah membawa lari sebanyak 12 ribu naskhah Melayu ke Lisbon, Portugal (Dahulunya dikenali sebagai Portugis). Persoalannya, Kenapa naskhah Melayu yang mereka ambil dan bukannya rempah ratus seperti yang diwar-warkan.
Diceritakan sewaktu pertama kali penjajah yang diketuai oleh Mubaligh kristian tersebut hendak mendarat dibumi Melaka yang berdaulat tersebut, mereka perlu mencampakkan salib ke dasar perairan Melaka. Melaka pada ketika itu didalangi oleh petualang-petualang seperti Datuk Mandalia, Si Kitol yang telah berpakat dengan Portugis untuk menjatuhkan Melaka. Merekalah yang telah memberitahu Sir Francis Xavier tentang cara-cara untuk mendarat di perairan Melaka kerana perairan Melaka bergelora. Caranya adalah mubaligh kristian itu perlu mencampakkan salib Granada ke dasar laut Melaka. Melalui cara itu sahaja baru lautan itu akan berhenti bergelora. Setibanya di Melaka, beliau telah mendirikan sebuah gereja yang diberi nama Sam Paul.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama menjajah Melaka, mubaligh kristian itu tetap juga ingin mengambil kembali salib yang telah dibuang ke dasar laut Melaka tersebut. Beliau balik ke Lisbon dan berbincang dengan pemerintah di sana. Lalu pemerintah Portugis itu memberitahu bahawa mereka boleh membawa naik kembali salib tersebut kerana dalam salah sebuah naskhah melayu yang dibawa lari dari Melaka itu ada menceritakan berkaitan seorang pahlawan melayu Melaka iaitu Laksamana Hang Tuah yang telah menjaga perairan Melaka bukan menggunakan tenaga manusia sebaliknya menggunakan tenaga hidupan laut. Lalu mereka pun melatih seekor ketam yang digelar The Cross Crab. Masa yang diambil untuk melatih ketam itu selama 7 tahun, barulah boleh dimanfaatkan ketam tersebut untuk tujuan utama mereka. Ketam itu disalibkan di atas belakangnya dan dilepaskan di perairan Melaka. Ketam itu berjaya membawa naik salib tersebut ke permukaan. Sekarang ketam tersebut telah diawet dan dipamerkan di muzium Lisbon untuk tatapan umum. Untuk maklumat lanjut tentang ketam tersebut, anda boleh layari laman google dengan menaip “The Cross Crab”.