DEMAM..DEMAM..DEMAM


Salam pembuka bicara, setelah sekian lama aku mnyepikan diri dari mengupdates blog ini,sekarang baru aku berkesempatan. Mungkin banyak isu yang aku terlepas pandang dan tak terkecuali juga untukdibicarakan bersama anda semua. Sekarang musim sedang berubah daripada panas kepada hujan. Jika di sebelah pantai barat, keadaan selalu hujan dan guruh, tidak terkecuali juga disebelah pantai timur.

Sekarang merupakan musim ibu bapa bersiap sedia dan berjaga-jaga dengan keadaan persekitaran yang sedang mengalami perubahan musim daripada panas kepada banjir. Pelbagai keperluan dicari untuk menyambut kedatangan musim tersebut. Walaupun aku berada di sebelah utara dan sedang sibuk mentelaah buku untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, diriku juga tidak terkecuali menerima kesan sampingan daripada perubahan iklim tersebut. Hingga ke hari ini, aku telah 3 hari demam dan rasa pedih-pedih tengkuk. Aku bertuah kerana rumet aku mempunyai stok simpanan ubat yang berkoyang-koyang dalam almari. Jadi aku boleh telan seberapa jenis ubat yang aku mahu..(perhatian,aku makan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh doctor..harap maklum). Alhamdulillah, demamku semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya..Allah S.W.T menguji hambanya kerana kasih dan sayangnya Dia kepada hambanya agar hambanya sedar dan tidak alpa dengan kehidupan dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Berbalik kepada isu demam. Selain daripada demam dek kerana perubahan iklim yang lumrah berlaku saban tahun, terdapat satu lagi demam yang baru dalam setahun dua ini melanda salah satu negeri di pantai timur iaitu Kelantan. Negeri kelahiranku. Demam yang aku maksudkan adalah demam bola sepak. Sejak skuad bola sepak Kelantan ini diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa sebagai pengerusi KAFA, banyak perubahan yang telah berlaku dalam persatuan bola sepak negeri tersebut. Hal ini kerana jika sebelum ini cukup sukar bagi Kelantan untuk melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia, sekarang semua itu bukannya angan-angan kosong lagi. Bayangkan setelah 39 tahun Kelantan kehausan untuk menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia, tahun 2009 menjadi bukti dan saksi perubahan dan perancangan yang rapi telah dilakukan oleh kelantan untuk berada ditahap ini. Semua ini sebenarnya menaikkan lagi semangat rakyat negeri Kelantan untuk terus memberikan sokongan kepada wira-wira kelantan yang berjuang demi menaikkan martabat dan sukan bola sepak negeri. Sinonim dengan gelaran “ The Red Worrior” sekali lagi Kelantan bakal menyajikan aksi-aksi yang penuh debaran dan semangat kental berpasukan pada saingan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan akan bertempur dengan pasukan yang tak kurang hebatnya iaitu Negeri Sembilan yang mana diantara pemainnya beraksi dalam pasukan kebangsaan.

Kelantan dijangka bertemu dengan Negeri Sembilan pada 07 November 2009 iaitu hari sabtu. Tiket-tiket perlawanan juga telah diagihkan kepada negeri-negeri yang bertanding bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Pastinya seluruh stadium akan dilanda gelombang merah putih bagi mewakili pasukan Kelantan manakala kuning merah pula mewakili Negeri Sembilan. Pertemuan antara kedua-dua pasukan ini di peringkat akhir belum pernah berlaku lagi sehinggalah saat ini. Pastinya ia menyajikan suatu yang segar dan mampu membuatkan dada setiap penonton berdebar-debar hingga ke minit-minit akhir perlawanan.

Jika mengikut rekod perlawanan dalam Liga Malaysia, Kelantan pernah bertembung dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan yang penuh dengan kontroversi sehingga menyebabkan penjaga gawang pasukan kelantan digantung dari menyertai perlawanan gara-gara bertindak kasar memukul pemain pasukan Negeri Sembilan. Ini merupakan peristiwa yang berlaku di dalam gelanggang. Di luar gelanggang pula, rusuhan yang tercetus juga telah menyebabkan kereta polis antara yang mengalami kerosakan akibat daripada kekalahan kelantan itu.

Di sebalik semua itu, Kelantan tidak pernah berputus asa sebaliknya terus meningkatkan semangat juang yang tinggi di kalangan ahlinya hingga mereka mampu berada ditahap sekarang.. syabas dan tahniah buatmu pasukan kebanggaanku “The Red Worrior”. tingkatkan usaha, anda semua mampu beroleh kejayaan yang cemerlang. Kelantan Boleh..Kelantan Boleh..Kelantan Boleh..Takbir...Allahuakhbar

0 ulasan:

Catat Ulasan