Suatu petang yang tenang....tiba2


19hb November 2009- Khamis: pagi tadi aku baru je selesai menjawab exam final untuk paper Reformasi pentadbiran..boleh tahan kaw2 gak soalannya.. tapi alhamdulillah semuanya aku dapat tempuhi dengan tenang dan sabar..syukur kepada Allah dengan izin-Nya aku dapat menghabiskan exam tadi. walaupun aku kesuntukan masa,tetapi dapat juga aku noktahkan penamat ayat sebelum pensyarah mengumumkan masa telah tamat.
Tepat jam 11 pagi, tamatlah sudah perjuanganku bersama paper reformasi pentadbiran yang mana menjelaskan tentang pembaharuan dan baik-pulih yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai suatu matlamat negara.

Walaupun begitu, paperku belum berakhir kerana masih ada satu paper exam pada sebelah petang esok..(20hb november 2009). paper ni boleh tahan gaklah susahnya coz dia merupakan paper penyelidikan. mengkaji serta menyelidik penduduk yang berumur 60 tahun berdasarkan punca ekonomi serta keperluan keluarga. ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang terpaksa aku dan kumpulan siapkan sepanjang bulan puasa yang lalu..

Sedikit memenatkan tetapi berkat bulan puasa, semuanya dapat kutempuhi dengan lancar dan tenang..Alhamdulillah..esok merupakan hari penentuannya..setelah bertungkus lumus selama satu sem (14 minggu pengajian) pengakhirannya menjelmakan diri juga..setelah dalaman ku persiapkan dengan segala ilmu,esok merupakan medan terbaik menentukan sama ada sudah mencukupi ataupun belum semua ilmu yang aku tuntut selama ini..aku mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar kerana selepas paper esok, aku boleh balik kampung..hahaha.

InsyaAllah 21hb November 2009 (sebelah malam) aku akan bertolak balik ke kampungku di Kelantan dengan bas Shamisha pada pukul 8.30 malam. Di jangka ketibaan aku di Kota Bharu dalam pukul 5 pagi keesokan harinya..cuti sem selama 1 bulan ini, aku tak tahu lagi pekerjaan apakah yang akan aku lakukan untuk mengisi masa senggang antara sem baru ini. InsyaAllah rezeki Allah berada dimana-mana..orang berusaha pasti akan memperolehinya..(",)

Selamat bercuti aku ucapkan kepada semua pelajar tidak kira mereka menuntut di universiti, kolej, politeknik, mahupun sekolah kerajaan. Semoga anda semua bergembira disamping insan yang tersayang..Salam Keamanan..

WanZ_MieN