Perkara tak dirancang...

Pada petang sabtu 12 september yang lalu, aku tengah borak-borak dengan rumet tentang juadah berbuka puasa. tengah-tengah berborak 2, salah seorang daripada kami mengemukkakan pendapat untuk berbuka puasa kat luar. oleh sebab kami belum pernah lagi berbuka bersama-sama walaupun ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya kurang daripada seminggu je lagi..

Jadi, kami pun merancanglah tempat-tempat yang menarik untuk berbuka nanti.. tengah duk ushar2 tempat yang sesuatu 2, salah sorang daripada kami pun memberi pandangannya yang mana memilih kuala perlis sebagai tempat untuk berbuka..setelah wujud perdebatan antara kami, keputusan pun diambil.tempat tersebut di reject kerana terlalu jauh dari campus kami belajar..

Kami memilih tempat yang lebih dekat dan selesa supaya ianya menjadi kenagan buat kami sebagai rumet yang dah lebih 2 tahun tinggal dibawah satu bumbung dan satu bilik. zafi yang merupakan MPP bagi tempat kami belajar mencadangkan kami berbuka di EDC iaitu eksekutif development center...

Dipendekkan cerita maka kami semua pun bersetujulah setelah diambil kira jarak dan keselesaan tempatnya selain daripada kos makanan disana. Setelah membuat tempahan meja, maka petang tersebut bertolaklah kami ke sana...

Banyak jugalah juadah yang tersedia. Dengan kos RM28 untuk satu kepala, kenyang sampai tak boleh masuk lagi dah kami makan. hahaha.

Bawah ni dikepilkan bersama beberapa keping gambar kami kat sana.. layan beb...:-)

Masa tengah tunggu waktu berbuka..masing2 pose baik punya

Antara juadah berbuka kami petang itu..brape orang makan eyh

Meja yang sarat dengan hidangan..hehehe


Pencuci mulut pada petang tu....aiskrim


Wanz_Mien

0 ulasan:

Catat Ulasan