Dari meja Editor

Salam lebaran semua..aku ambik kesempatan ni awal sikit untuk ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri..semoga berbahagia hendaknya disamping keluarga dan sanak saudara serta rakan taulan. untuk pengetahuan anda semua, hari ini merupakan hari yang paling penat dalam perjalananku sepanjang bulan Ramadhan yang bergelar sebagai student. manakan tidak selepas subuh,aku stay depan laptop untuk check kali terakhir latihan yang lecture bagi sebelum p print..bila semuanya settle, aku datang ke fakulti untuk fotocopy salah satu bahagian buku untuk dilampirkan dalam penulisan tersebut.


Dalam kul 10 lebih,aku otw p kedai fotocopy, ingat buka tetapi dugaan yang datang, kedai tu tutup daa..huhuhu.. ish..xelok sedih2 bulan ramadhan..hehehe. latihan ini akau perlu hantar hari ni jugak..jadi nak ke tak nak ke, memang kena wat gaklah..yang terbayang dalam kepala masa ini cuma dinar emas (kedai fotocopy gak)..masa duk jalan2 2, tiba2 terlintas dalam fikiran yang kedai katMal l (tempat jual beli barang tp xlah besar macam the store..hahaha) pada fikiran aku,baik cuba p sana dulu,mana tahu kot2 kat mall 2 bukakan..lagipun choice banyak kat c2..

jadi aku pun berjalan kakilah p sana. sampai sana nasib aku baik sebab kedai 2 buka..syukur alhamdulillah, rezeki menyebelahi aku..apa lagi, aku pun terus fotocopy buku 2 siap dengan tape lagi tepi dia..hehehe.

pas2 aku terus p hantar. maklumlah malam ni dah nak balik kampung..ramai dah rakan-rakan yang balik.hehehe,al-maklumlah,cuti raya beb..hehehe. dalam suasana seluruh umat Islam bercuti untuk menyambut raya, masyarakat bukan Islam yang mana sama-sama menuntut disini juga mengambil kesempatan ini untuk berada disamping keluarga. nak dijadikan cerita, mereka lebih xcited balik kampung berbanding kami semua..hehehe..macam-macam ragam manusia nikan..
walau apepun,kita yang tinggal dalam rumpun masyarakat majmuk ini sebenarnya bertuah kerana dapat merasai pelbagai jenis perayaan yang disambut sabang tahun.dengan cara ini kita dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu budaya dan adat resam mereka..
akhir kata dari aku, hiasi diri dengan keperibadian yang mulia..

SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPAD SEMUA RAKAN-RAKAN YANG MENGENALI DIRI INI..SEMOGA ANDA SEMUA MENYAMBUTNYA DENGAN PENUH KESYUKURAN SERTA KEGEMBIRAAN..



1 ulasan:

yue_ziey berkata... / Khamis, September 17, 2009 2:09:00 PTG  

xpelah...bulan ramadhan mmg byk dugaan...kite harus sabar dgn setiap dugaan yg dtg...itu mnunjukkan kematangan kite...

Catat Ulasan