Sulalatus Salatin..The cross crab..!!!

Epik (siri 3)
Masih lagi berkisar tentang kehebatan Hang Tuah. Kali ini saya lebih berfokus tentang naskhah yang telah dibawa lari oleh penjajah Melaka pada ketika itu iaitu seorang mubaligh kristian yang bernama Sir Francis Xavier. Beliau telah membawa lari sebanyak 12 ribu naskhah Melayu ke Lisbon, Portugal (Dahulunya dikenali sebagai Portugis). Persoalannya, Kenapa naskhah Melayu yang mereka ambil dan bukannya rempah ratus seperti yang diwar-warkan.
Diceritakan sewaktu pertama kali penjajah yang diketuai oleh Mubaligh kristian tersebut hendak mendarat dibumi Melaka yang berdaulat tersebut, mereka perlu mencampakkan salib ke dasar perairan Melaka. Melaka pada ketika itu didalangi oleh petualang-petualang seperti Datuk Mandalia, Si Kitol yang telah berpakat dengan Portugis untuk menjatuhkan Melaka. Merekalah yang telah memberitahu Sir Francis Xavier tentang cara-cara untuk mendarat di perairan Melaka kerana perairan Melaka bergelora. Caranya adalah mubaligh kristian itu perlu mencampakkan salib Granada ke dasar laut Melaka. Melalui cara itu sahaja baru lautan itu akan berhenti bergelora. Setibanya di Melaka, beliau telah mendirikan sebuah gereja yang diberi nama Sam Paul.
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama menjajah Melaka, mubaligh kristian itu tetap juga ingin mengambil kembali salib yang telah dibuang ke dasar laut Melaka tersebut. Beliau balik ke Lisbon dan berbincang dengan pemerintah di sana. Lalu pemerintah Portugis itu memberitahu bahawa mereka boleh membawa naik kembali salib tersebut kerana dalam salah sebuah naskhah melayu yang dibawa lari dari Melaka itu ada menceritakan berkaitan seorang pahlawan melayu Melaka iaitu Laksamana Hang Tuah yang telah menjaga perairan Melaka bukan menggunakan tenaga manusia sebaliknya menggunakan tenaga hidupan laut. Lalu mereka pun melatih seekor ketam yang digelar The Cross Crab. Masa yang diambil untuk melatih ketam itu selama 7 tahun, barulah boleh dimanfaatkan ketam tersebut untuk tujuan utama mereka. Ketam itu disalibkan di atas belakangnya dan dilepaskan di perairan Melaka. Ketam itu berjaya membawa naik salib tersebut ke permukaan. Sekarang ketam tersebut telah diawet dan dipamerkan di muzium Lisbon untuk tatapan umum. Untuk maklumat lanjut tentang ketam tersebut, anda boleh layari laman google dengan menaip “The Cross Crab”.

0 ulasan:

Catat Ulasan