Kesihatan badan mempengaruhi minda..


Masih lagi mengenai bulan Ramadhan..Bulan yang mengandungi seribu satu kelebihan serta keberkatan Allah. Bulan ini juga merupakan bulan yang istimewa jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Berkisar mengenai kesihatan, dibulan Ramadhan ini seluruh umat Islam akan menahan perut dari makan dan minum sepanjang hari pada sebelah siangnya dan menjamu selera pada sebelah malamnya. Ini pastinya merupakan salah satu kelebihan bulan Ramadhan buat umat Islam khususnya kerana mereka dapat mengamalkan diet yang betul untuk kesihatan badan. Di tambah pula dengan solat tarawih yang dijalankan pada sebelah malam pastinya akan menjadikan tubuh badan lebih sihat dan dapat memulihkan sistem penghadaman badan seperti perut.

Aku harap kita semua dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini sebaik mungkin dan sama-sama memohon keberkatan dari Allah S.W.T. dan diberi kesihatan yang baik untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dengan khusyuk serta tawadduk. Selain itu, semoga dipermudahkan oleh-Nya dalam segenap segi..insyaAllah..Akhir kata dariku,”masyarakat sihat mencerminkan kegemilangan ummah..”

0 ulasan:

Catat Ulasan