Sulalatus Salatin..Lagi pembongkaran !!!


(Epik 2)


Sekarang tentu anda semua dapat rasakan betapa pentingnya buku tersebut dan cerita yang terdapat di dalamnya bukan direka-reka. Kali ini, isu yang ingin saya kupaskan lagi memeranjatkan anda. Tetapi anda perlulah membuka minda seluas-luasnya. Jika tidak, anda tentu sama seperti masyarakat yang menganggap naskhah ini sebagai cerita masyarakat melayu dulu-dulu untuk menghiburkan kanak-kanak sahaja.

Laksamana Hang Tuah merupakan seorang Pahlawan melayu Melaka yang digambarkan mashyur serta terkenal bukan sahaja di kepulauan melayu malah dinegara-negara eropah sendiri. Masakan tidak kerana menurut buku catatan pelayaran yang dilakukan oleh salah seorang pelayar eropah sehingga menjumpai satu benua yang di gelar Amerika Syarikat sekarang, ada menjelaskan tentang seorang pahlawan di sebelah timur telah berjumpa dengannya sewaktu pahlawan tersebut dalam pelayarannya. Pahlawan itu telah memberikannya peta benua Amerika tersebut siap dengan garis kontur untuk menceritakan tentang tanah tinggi. Pada mulanya pelayar Eropah itu tidah mempercayai apa yang diceritakan oleh pahlawan dari timur tersebut sehinggalah beliau membuat pelayaran ke benua tersebut. Setelah sampai ke benua itu, beliau terkejut kerana apa yang dilakarkan oleh pahlawan dari timur itu sama dengan keadaan di benua yang baru dijumpai tersebut. Timbul rasa hairan dalam dirinya bagaimana pahlawan dari timur itu boleh mengetahui tentang tempat tersebut sedangkan sebelum ini tiada sesiapa pun yang pernah menjumpai benua itu. Ilmu apakah yang digunakan olehnya sehingga mampu mengarap peta sehingga tiada satu pun yang salah dilakarkan diatas peta tersebut berkaitan benua Amerika itu.

Salah satu sifat yang ada dalam hati masyarakat Eropah adalah perasaan ingin tahu mereka yang tinggi. Dek kerana itulah mereka mengkaji asal usul pahlawan dari timur tersebut sehinggalah mereka dapat menjejaki siapakah pahlawan itu. Beliau yang dimaksudkan adalah Hang tuah. Persoalannya di sini, bagaimanakah Hang Tuah boleh mengetahui tentang benua tersebut sedangkan pada masa itu belum terdapat lagi sistem pelayaran yang berteknologi dan canggih. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Hang Tuah tetapi tidak pada orang lain. Ini jugalah yang menjadi tarikan kepada orang Eropah untuk datang ke Melaka. Hal ini kerana mereka mengetahui tentang kehebatan seorang pahlawan Melayu dari timur tersebut sehinggakan mereka beranggapan pastinya terdapat banyak lagi khazanah yang hebat-hebat terdapat di sebelah Timur ini. Inilah matlamat utama mereka datang menjajah kepulauan Melayu Melaka pada masa tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan